Thursday 29 October 2015

Filled Under:

INILAH DOSA Paling BESAR bermain "WHATSAPP" yang ramai tak sedar.!! Tahukah Anda, Dosa ini adalah Lebih Teruk dari Fitnah Dajjal..Hari-hari kita buka dan berchatting, tapi kita tak sedar kita sedang menempah NERAKA!! Nauzubillahiminzalik. Sebarkan !!



Ketika cuti hari minggu sempat saya pergi ke sebuah masjid di kawasan rumah saya di jitra kedah. tiba-tiba tajuknya "penggunaan media sosial dalam kehidupan" . memang menarik ramai plak yang datang.  banyak yang nasihat dan amaran yang diberikan. buat pengguna media sosial . hati hatilah ketika menggunakan media sosial . jangan sampai neraka dijawabnya nanti. ikuti nasihat di bawah.


Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat?



Semua media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Twitter, Instagram dan media sosial lain mempunyai kesan buruk dan baik. 

Bagaimana kesan itu terkena kepada kita, bergantung kepada cara kita menggunakan media sosial tersebut.

Kita ambil satu contoh sahaja iaitu WhatsApp. Hampir semua orang menggunakan WhatsApp. Orang tua, muda, kecil, besar, di kampung, felda dan bandar semuanya ada menggunakan WhatsApp. 

Di mana-mana sahaja kita melihat keasyikan manusia berWhatsApp. Nampak sungguh betapa terujanya kita dan penggunaan WhatsApp sekarang sehingga benar-benar merubah budaya hidup kita.

Kita meraikan perkembangan teknologi maklumat ini. Kita sama sekali tidak menentangnya. WhatsApp adalah 'tool" untuk kita berkomunikasi dengan saudara mara dan sahabat kita di alam maya. 


Antara contoh dosa yang sering disebar.

Maka kita membina group WhatsApp. Melalui group ini kita berkomunikasi tanpa wajah. Hanya bicara pada skrin sebagai pengganti diri dan wajah. Melalui group kita sebarkan lagi maklumat kepda group yang lain pula.

Berhati-hatilah. Kita mungkin alpa dan terleka ketika berWhatsApp. Kita mungkin menghantar maklumat separuh benar atau tidak benar (palsu atau fitnah) kepada orang atau group lain. 

Bayangkan dengan penambahan keahlian daripada 50 orang kepada 100 orang di dalam sesuatu kumpulan WhatsApp, berapa cepat dan banyaknya maklumat tersebar dan berkembang.

Di dalam zaman ledakan maklumat ini, fitnah dan pembohongan hidup begitu subur. Fitnah dan cerita palsu terlalu laju tersebar. 


Jangan 'share' dosa kepada orang lain.

Jika maklumat tadi tidak benar, palsu atau fitnah, apa pula hukumnya kita yang tolong sebarkan?

Bagaimana pula hukumnya orang yang mula-mula mencipta maklumat tidak benar ini?

Tentunya fitnah bakal tersebar serta berkembang dengan pantas sekali. Akhirnya kita bakal mendapat dosa berganda MLM (Multi Level Marketing) akibat tersebar dan terus berkembangnya fitnah maya.


"Malangnya, mereka yang sangat suka menyebar berita-berita dan informasi begini apabila ditegur, mudah pula merajuk dan terasa hati, seolah-olah tiada kesalahan dibuat.

Sama ada kerana fikiran yang masih keanak-anakan atau hati mereka telah kelam dan gelap dek dosa."

Berhati-hatilah dalam menggunakan WhatsApp ini. Jangan disalahgunakan untuk kerja merepek, merapu, mengarut, berlucah, chating kosong, menyebar atau foward maklumat palsu atau separuh benar kepada orang lain. 

Jangan ditambah dosa kita yang sedia ada dengan dosa berganda melalui fitnah maya. Hindarkan diri daripada termasuk kategori orang "lagha" dengan berWhatsApp merepek dan merapu.


Penyebaran berita palsu.

Gunakan WhatsApp sebagi medan dakwah, percambahan ilmu, komunikasi yang boleh merapatkan ukhuwah dan silaturrahim serta perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita juga kepada ahli group dan orang lain. 

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu." -Sahih Muslim

Berebut-rebutlah untuk mencari pahala MLM melalui WhatsApp bukan berebut-rebut memenuhi




Akaun Akhirat kita dengan dosa MLM kerana WhatsApp.






0 comments:

Post a Comment