Sunday 25 October 2015

Filled Under:

[VIDEO] AKSI WANITA DIBELASAH DI DALAM LIF KONDOMINIUM.

SEMAKIN berani dan melampau!
Tanpa menghiraukan kamera litar tertutup (CCTV) yang kebiasaannya diletakkan dalam lif, kedua-dua lelaki dalam video ini tergamak menendang dan mengheret seorang wanita yang menjadi mangsa mereka.

Dalam rakaman video yang menjadi viral, mangsa dikenali sebagai Lim, 24, dalam perjalanan pulang ke kediamannya di tingkat lapan sebuah kondominium di Setapak apabila dua lelaki mengekorinya sehingga ke dalam lif kira-kira jam 11.40 malam, 17 Oktober lalu.

Suspek mula bertindak sebelum pintu lif dibuka dengan seorang daripada mereka menolak Lim ke dinding lif.

Ketika cuba bertindak balas, mangsa diheret keluar dari lif dan pada penghujung video, kedua-dua suspek dilihat mengira wang tunai selain memegang beg tangan dan telefon bimbit Lim.
Memetik laporan mStar, Lim berkata, akibat serangan itu dua giginya patah, cedera di dagu dan badan.

Mangsa turut kerugian RM8,000, dua telefon pintar dan kunci kereta.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, polis telah mengeluarkan lakaran wajah atau ‘fotofit’ kedua-dua suspek dan sedang memburu mereka. –




0 comments:

Post a Comment